Isnin, 2 September 2019

MAKAN BUAH PERDANA 2019


TARIKH : 18 OGOS 2019
MASA    : 10.00 PAGI

Buat julung kalinya acara makan buah secara besar-besaran telah diadakan di SMKPC2. Berkat kesungguhan dan komitmen terutamanya Tuan Pengetua, Cikgu Abdul Rahim bin Mat Hussin, membolehkan seluruh warga SMKPC2 menikmati juadah buah-buahan tempatan yang terdiri daripada buah durian manggis dan rambutan. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Yasmin binti Hussain, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM berkebetulan lawatan kerja beliau ke PPKI SMKPC2 dan diringi oleh Pn. Intan Nur Izzati (KU Unit Pendidikan Khas) dan En. Hasnor Rizal (Penyelia Pendidikan Khas).