JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Khamis, 21 April 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (KOT)



Tempat : Kompleks Sukan Panji
Tarikh   : 20 April 2011




Semua warga SMK Pengkalan Chepa 2 telah terlibat dalam acara kejohanan ini.
Banyak acara yang telah dipertandingkan. Acara yang dipertandingkan bagi murid-murid pendidikan khas ialah lontar peluru, lompat jauh, larian 100 meter bagi lelaki dan 50 meter bagi perempuan. Acara dimulakan dengan perbarisan daripada pasukan unit beruniform, persatuan, rumah sukan dan pendidikan khas.



sehari sebelum kejohanan
 Rasanya tidak sah kalau hari sukan sekolah tiada pertandingan khemah tercantik. Setiap murid dan guru bertungkus lumus bagi memastikan rumah masing- masing mendapat juara. Sehari sebelum berlangsungnya kejohanan olahraga, guru-guru pendidikan khas telah turun padang bagi menghias khemah. Walaupun khemah pendidikan khas tidak mendapat juara, namun ini tidak melemahkan semangat kami untuk terus memeriahkan acara ini di masa akan datang. Kami juga tidak lupa untuk membuka gerai jualan.

ini lah hasil kerja murid dan guru pk.

Khamis, 14 April 2011

Latihan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

Murid-murid pendidikan khas telah menjalani latihan untuk menghadapi hari KOT. Latihan ini telah dijalankan pada waktu pagi sesi persekolahan. Antara latihan yang dijalani ialah lompat tinggi, lontar peluru, larian dan latihan perbarisan. Murid-murid kelihatan begitu bersemangat semasa latihan, lihat sahaja lah di dalam gambar. Diharap semasa hari kejadian semangat yang ditunjukkan itu masih ada.


Program jualan gerai pendidikan khas.


Pada setiap hari rabu, kelas pendidikan khas akan mengadakan sesi jualan. Program jualan ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar dalam menyediakan diri menuju alam pekerjaan. Antara produk yang dijual ialah kentang goreng, jagung, dadih dan banyak lagi. Gerai pendidikan khas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh warga sekolah.








Murid-murid juga dilatih untuk menyediakan sendiri produk jualan seperti membuat ais krim, memasak dadih dan jagung dan membungkus kerepek. Pada masa akan datang gerai pendidikan khas bercadang untuk mempelbagaikan lagi produk jualan.

Kursus Asas Kebombaan



Tarikh    : 10 - 12 Febuari 2011
Tempat   : Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Kelantan.



Kursus ini telah dijalankan pada 10 hingga 12 Febuari 2011. Mereka yang terlibat ialah pasukan unit beruniform SMK Pengkalan Chepa 2. Tidak terkecuali unit pengakap pendidikan khas. Seramai 7 orang murid pendidikan khas telah terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
  • Water Confident
  • Kucing buta
  • Kawad
  • Latihan kebakaran
  • Tiang licin
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid-murid pendidikan khas berdikari. Selain itu murid-murid pendidikan khas secara tidak langsung berpeluang untuk bergaul dengan murid-murid normal yang lain.

Sekitar aktiviti 


Tiang licin


Water confident
Memasang khemah