Sabtu, 7 Januari 2017

PELAKSANAAN KSSM PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN 1 TAHUN 2017

Image result for KSSM PENDIDIKAN KHAS

Pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 1 Tahun 2017 di SMK Pengkalan Chepa 2 telah dirancang terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek berdasarkan kemudahan yang sedia ada dan kepakaran guru-guru PPKI dalam bidang-bidang tertentu. PPKI SMK PC2 khususnya telah memilih mata pelajaran Kemahiran Asas Vokasional (KAV) Masakan sebagai platform ke arah merealisasikan hasrat ibubapa, murid dan kementerian agar murid-murid berkeperluan khas (MBK) ini mendapat peluang pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Dalam kelas KSSM mereka diajar kemahiran khusus agar mereka mahir dan mampu menterjemahkan apa yang mereka pelajari. Mereka belajar selama lima tahun dan layak menerima sijil kemahiran daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran apabila tamat persekolahan nanti.

CONTOH JADUAL WAKTU KSSM