JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Khamis, 30 Ogos 2018

PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM AMBANG MERDEKA PPKI SMKPC 2

Pertandingan mewarna Program Ambang Merdeka merupakan satu program sekolah yang diadakan khas untuk murid-murid pendidikan khas. Program ini melibatkan 27 orang murid-murid pendidikan khas SMKPC 2. 




Khamis, 16 Ogos 2018

LAWATAN PENANDA ARAS

Lawatan muhibbah guru-guru, ppm dan murid-murid pendidikan khas daripada PPKI SMK Taman Klang Utama pada 15 Ogos 2018.









Ahad, 12 Ogos 2018

TERAPI BOWLING KALI KE-2


Terapi Bowling kali ke-2 diadakan pada 7 Ogos 2018 bertempat di KB Mall. Terapi Bowling ini disertai seramai 40 orang murid, 7 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. 


Isnin, 6 Ogos 2018

JAMUAN PULUT DURIAN

Jamuan Pulut Durian diadakan pada 2 Ogos 2018 iaitu pada hari khamis. Selain durian, ada juga buah-buahan lain iaitu rambutan. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas agar mereka dapat mengenali dan merasai kenikmatan buah-buahan tempatan.  

 
 




KARNIVAL YOKUK 2018

Karnival Yokuk diadakan pada 28 Julai 2018 bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Kawasan Perkarangan Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK). Seramai 15 orang murid-murid SMKPC 2 telah menyertai tersebut.