JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Isnin, 31 Disember 2018

SELAMAT DATANG

Selamat datang dan selamat bertugas kepada EN. ABDUL RAHIM BIN MAT HUSSIN Pengetua baharu SMK Pengkalan Chepa 2.

EN. ABDUL RAHIM BIN MAT HUSSIN

Rabu, 26 Disember 2018

e-RPH

Muat turun e-RPH untuk rujukan dan tindakan : e-RPH

Selasa, 25 Disember 2018

MESYUARAT GURU PPKI KALI PERTAMA TAHUN 2019


Mesyuarat akan di adakan sebagaimana berikut :
Tarikh   : 26 Disember 2018 (Rabu)
Masa     : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Guru Pendidikan Khas

Kehadiran adalah WAJIB.

Khamis, 30 Ogos 2018

PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM AMBANG MERDEKA PPKI SMKPC 2

Pertandingan mewarna Program Ambang Merdeka merupakan satu program sekolah yang diadakan khas untuk murid-murid pendidikan khas. Program ini melibatkan 27 orang murid-murid pendidikan khas SMKPC 2. 




Khamis, 16 Ogos 2018

LAWATAN PENANDA ARAS

Lawatan muhibbah guru-guru, ppm dan murid-murid pendidikan khas daripada PPKI SMK Taman Klang Utama pada 15 Ogos 2018.









Ahad, 12 Ogos 2018

TERAPI BOWLING KALI KE-2


Terapi Bowling kali ke-2 diadakan pada 7 Ogos 2018 bertempat di KB Mall. Terapi Bowling ini disertai seramai 40 orang murid, 7 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. 


Isnin, 6 Ogos 2018

JAMUAN PULUT DURIAN

Jamuan Pulut Durian diadakan pada 2 Ogos 2018 iaitu pada hari khamis. Selain durian, ada juga buah-buahan lain iaitu rambutan. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas agar mereka dapat mengenali dan merasai kenikmatan buah-buahan tempatan.  

 
 




KARNIVAL YOKUK 2018

Karnival Yokuk diadakan pada 28 Julai 2018 bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Kawasan Perkarangan Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK). Seramai 15 orang murid-murid SMKPC 2 telah menyertai tersebut. 

 
 






Ahad, 22 Julai 2018

TERAPI BOWLING DAN AKTIVITI MEMBELI BELAH

Terapi Bowling dan aktiviti membeli belah diadakan di KB Mall, Pacific Bowl pada 17 Julai 2018. Seramai 36 orang murid-murid telah mengikuti program tersebut. 

AKTIVITI TERAPI BOWLING


 AKTIVITI MEMBELI BELAH
 +





PROGRAM JOM MENABUNG SSP REMAJA BSN

Program Jom Menabung SSP Remaja BSN diadakan pada 13 Julai 2018. Program ini bertujuan untuk memupuk minat di kalangan murid-murid pendidikan khas untuk menabung.Program ini adalah hasil kerjasama antara PPKI SKPC2 dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Wakil daripada BSN...Puan Nurliati Binti Idris















Khamis, 19 Julai 2018

HARI KEMAHIRAN (HAKIM) PPKI

Hari kemahiran (HAKIM) PPKI SMKPC 2 diadakan pada hari ISNIN dan RABU. Waktu operasi bermula daripada jam 10.30 pagi-3 petang. Kemahiran yang diadakan pada hari tersebut ialah Gerai Jualan, Kemahiran Mendobi, Kemahiran Mencuci Kereta dan Kraftangan. Gerai jualan dibuka kepada semua guru, staf, murid-murid dan masyarakat sekitar.
Gerai Jualan

Cuci Kereta

Mendobi

Kraftangan



SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT PPKI TAHUN 2018

Sambutan Hari Raya Peringkat PPKI diadakan pada 28 Jun 2018. 






Isnin, 11 Jun 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa PPKI SMKPC 2 telah diadakan :
Tarikh : 4 Jun 2018
Masa : 6.00 Petang hingga 8.00 Malam
Tempat : Restoran Kak Ra, Sebelah KFC Baung

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemilik Restoran Kak Ra kerana bermurah hati menaja kami untuk berbuka puasa pada hari tersebut. Semoga Allah Yang Maha Pemurah menambahkan lagi keafiatan dan rezeki untuk mereka.






Ahad, 3 Jun 2018

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN 2018

Aktiviti Kemahiran murid-murid PPKI dipertingkatkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, agar mereka merasai dan menikmati kehadiran bulan yang mulia ini.

Aktiviti-aktiviti diserikan dengan :

1. Membuat Tasbih



2. Membuat Kesongang


3. Membuat Kuih Tradisional

Kuih Akok

Koleh Kacang

Tepung Pelita

Biskut Dahlia