JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Khamis, 26 Januari 2017

PENGENALAN KEPADA ALAT MUZIK TRADISIONAL-ANGKLON



Pengenalan alat muzik tradisional iaitu Angklon oleh Cikgu Nur Ilham (Cikgu Ee) sebagai pendedahan kepada mereka semasa mengikuti mata pelajaran muzik KSSM.

Isnin, 23 Januari 2017

MASAKAN ASAS DAN KEK



Murid-murid Tingkatan 1 KSSM dalam  dilatih dalam menyediakan masakan asas seperti nasi goreng. Kemahiran yang diperolehi memberi bukan sahaja penting untuk bidang akademik tetapi untuk menguruskan kehidupan pada masa depan.






Asas pembuatan kek juga diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Asas Vokasional Masakan. Hari ini bunga kek Buttercream.

Rabu, 18 Januari 2017

KELAS ASAS VOKASIONAL MASAKAN KSSM




Murid-murid Tingkatan 1 KSSM dalam mata pelajaran Kemahiran Asas Vokasional Masakan sedang menyiapkan bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan menu Mee Kari.

Standard Pembelajaran : KAEDAH MEMASAK HABA LEMBAP
  • Mencela
  • Mereneh
  • Merendidih
  • Merebus

Selasa, 17 Januari 2017

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

Murid-murid berlatih mengalunkan azan sementara menunggu solat Zohor. Solat Zohor berjemaah diadakan setiap hari dan diimamkan oleh guru lelaki yang bertugas.

PROGRAM DOBI KURNIA


Program dobi sentiasa mendapat sambutan warga sekolah. Murid dilatih membasuh, menjemur, melipat dan menghantar kepada pelanggan.

Isnin, 16 Januari 2017

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA PPKI 2017




Majlis Perjumpaan Ibubapa PPKI 2017 telah diadakan pada Isnin 16 Januari bertempat di Bilik Wawasan. Majlis yang berlangsung dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dan ibubapa murid pendidikan khas. Tahniah kerana kehadiran yang baik daripada ibubapa dan penjaga.