Semua peserta Merentas Desa PPKI masih mampu tersenyum walaupun tahu mereka akan letih selepas ini.. Ini merupakan kali ke-3 bagi kategori OKU. Mereka bersedia untuk dilepaskan oleh Pn Hjh. Siti Hawa bt. Mat , Pengetua SMK. Pengkalan Chepa 2...Kegarisan....hon2.
Rabu, 17 Oktober 2012
Jumaat, 20 Mei 2011
Majlis Jamuan pendidikan khas
Jumaat, Mei 20, 2011
PERISTIWA
Hari : Khamis
Tarikh : 19 Mei 2011
Kelas pendidikan khas telah mengadakan majlis sambutan hari lahir pelajar, pelancaran blog dan majlis perpisahan guru praktikum. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang meriah. Majlis dimulakan dengan acara pelancaran blog pendidikan khas oleh tuan pengetua, Puan Hjh. Norani Bt Hj Mustapha.
Seterusnya jemputan dibawa menikmati jamuan yang disediakan. Sebelum itu acara dimulakan dengan memotong kek oleh murid-murid yang menyambut hari lahir.
Sabtu, 14 Mei 2011
Khamis, 21 April 2011
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (KOT)
Khamis, April 21, 2011
KOKURIKULUM
Tempat : Kompleks Sukan Panji
Tarikh : 20 April 2011
Semua warga SMK Pengkalan Chepa 2 telah terlibat dalam acara kejohanan ini.
Banyak acara yang telah dipertandingkan. Acara yang dipertandingkan bagi murid-murid pendidikan khas ialah lontar peluru, lompat jauh, larian 100 meter bagi lelaki dan 50 meter bagi perempuan. Acara dimulakan dengan perbarisan daripada pasukan unit beruniform, persatuan, rumah sukan dan pendidikan khas.
| sehari sebelum kejohanan |
![]() |
| ini lah hasil kerja murid dan guru pk. |
Khamis, 14 April 2011
Latihan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
Khamis, April 14, 2011
KOKURIKULUM
Murid-murid pendidikan khas telah menjalani latihan untuk menghadapi hari KOT. Latihan ini telah dijalankan pada waktu pagi sesi persekolahan. Antara latihan yang dijalani ialah lompat tinggi, lontar peluru, larian dan latihan perbarisan. Murid-murid kelihatan begitu bersemangat semasa latihan, lihat sahaja lah di dalam gambar. Diharap semasa hari kejadian semangat yang ditunjukkan itu masih ada.
Program jualan gerai pendidikan khas.
Khamis, April 14, 2011
KOKURIKULUM
Pada setiap hari rabu, kelas pendidikan khas akan mengadakan sesi jualan. Program jualan ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar dalam menyediakan diri menuju alam pekerjaan. Antara produk yang dijual ialah kentang goreng, jagung, dadih dan banyak lagi. Gerai pendidikan khas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh warga sekolah.
Murid-murid juga dilatih untuk menyediakan sendiri produk jualan seperti membuat ais krim, memasak dadih dan jagung dan membungkus kerepek. Pada masa akan datang gerai pendidikan khas bercadang untuk mempelbagaikan lagi produk jualan.

























