JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Selasa, 22 Ogos 2017

PROGRAM JUALAN KELAS KSSM PENDIDIKAN KHAS

Program KAV Masakan yang dilaksanakan di sekolah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan dan menyuntik minat murid sejak dilaksanakan. Bermula daripada penyediaaan bahan sehinggalah aktiviti jualan, murid - murid dapat menguasai pdpc yang disampaikan oleh guru-guru. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai dalam program KAV Masakan.

PEMBUATAN  LAKSAM




PEMBUATAN BURGER




PEMBUATAN DONAT












Selasa, 11 Julai 2017

SALAM AIDILFITRI 2017


Majlis Tautan Aidilfitri telah diadakan pada 6 Julai ( Khamis ) 2017. Semua warga sekolah memakai pakaian raya dan membawa juadah istimewa untuk dikongsi bersama. Murid ppki juga menerima  duit raya  daripada guru- guru sebagai tradisi menyambut hari lebaran. 


Selasa, 4 Julai 2017

HASIL KEBUN



Alhamdulillah............pokok terung yang telah ditanam mula mengeluarkan hasil. Semua pelajar berpeluang memetik dan membawa pulang hasil tanaman mereka selama ini. Pelajar-pelajar juga diberi sepohon anak pokok terung untuk ditanam di rumah.


Ahad, 21 Mei 2017

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017

 Selamat Menjawab....


Murid-murid PPKI juga menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Ia untuk menguji sejauh mana tahap kebolehan mereka dengan kurikulum sedia ada untuk subjek teras. Manakala untuk subjek vokasional mereka dinilai secara khusus dengan pelaporan murid untuk menguji mereka dalam bidang kemahiran.

Isnin, 15 Mei 2017

PESKO 2017

PROGRAM
PESKO SMK PENGKALAN CHEPA 2

MASA 
8-9 MEI
(ISNIN DAN SELASA)

TEMPAT 
SMK PENGKALAN CHEPA 2

PENYERTAAN 
SEMUA MURID TERMASUK MURID PPKI


Selasa, 25 April 2017

PROGRAM G GATEH@PC2

PROGRAM G GATEH @ PC2



TARIKH- 22 APRIL 2017
MASA - 8.00 Pagi
JARAK - 35 KM
PENYERTAAN KESELURUHAN - 988 orang

Program sekolah yang turut disertai oleh 6 orang murid PPKI pada tahun ini. Ucapan tahniah dan syabas kepada murid -murid yang berjaya menamatkan kayuhan dalam program ini.