JOM BELAJAR DARI RUMAH

Menggunakan PORTAL PEMBELAJARAN DIGITAL/e-LEARNING PPKI

PENCEGAHAN WABAK COVID-19

#dudukdirumah #stayathome #staysafe

LAWATI KAMI

MBK Keutamaan Kami...

Sabtu, 7 Januari 2017

PELAKSANAAN KSSM PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN 1 TAHUN 2017

Image result for KSSM PENDIDIKAN KHAS

Pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 1 Tahun 2017 di SMK Pengkalan Chepa 2 telah dirancang terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek berdasarkan kemudahan yang sedia ada dan kepakaran guru-guru PPKI dalam bidang-bidang tertentu. PPKI SMK PC2 khususnya telah memilih mata pelajaran Kemahiran Asas Vokasional (KAV) Masakan sebagai platform ke arah merealisasikan hasrat ibubapa, murid dan kementerian agar murid-murid berkeperluan khas (MBK) ini mendapat peluang pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Dalam kelas KSSM mereka diajar kemahiran khusus agar mereka mahir dan mampu menterjemahkan apa yang mereka pelajari. Mereka belajar selama lima tahun dan layak menerima sijil kemahiran daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran apabila tamat persekolahan nanti.

CONTOH JADUAL WAKTU KSSM

Selasa, 3 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BAHARU 2017 DARIPADA PENTADBIR DAN WARGA PPKI


Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017,
semoga tahun baharu ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Assalamualaikum pembuka perkenalan
tanda ingatan bahagia bersua
senyum salam teman dan kenalan
untuk tatapan kita semua...

Ahad, 25 September 2016

Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan 2016

Guru dan murid pend khas juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti sempena majlis tersebut Antaranya ialah :

Basikalton Dan Basikal Berhias




Kiri sekali basikal Nik Nor Nazmi berada dalam kelompok 10 terbaik. Tahniah!!! 

Gubahan Hantaran

Gubahan murid oleh Khairunnisa dan Ikin

Pertandingan Songkok Patriotik

Kategori guru memperlihatkan kreativiti guru pendidikan khas. Tahniah Naib Johan

Gubahan Pulut Patriotik




Tahniah untuk Pn. Norizan dan Pn Nur Ilham


Pertandingan Mewarna


Pertandingan Pakaian Tradisional










Khamis, 8 September 2016

PENANAMAN SEMULA SAYUR-SAYURAN OLEH MURID PPKI


Penerangan oleh En. Azhar selaku guru KH Kebun tentang teknik-teknik memindahkan anak pokok ke tapak tanaman dengan cara yang betul.

GUBAHAN HANTARAN OLEH MURID PPKI

 Antara gubahan awal yang disiapkan oleh murid-murid PPKI sempena 
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN.
Selain itu, murid-murid istimewa juga turut menyertai PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISONAL, PERTANDINGAN MEWARNA DAN BASIKALTON yang akan diadakan pada 22 SEPTEMBER 2016 nanti.




1st KELANTAN AGOONOREE 2016

Penyertaan lima orang pengakap PPKI SMK PC2 ke
1st KELANTAN AGOONOREE 206
BERTEMPAT DI PERDANA VALLEY, TANAH MERAH
PADA 28 HINGGA 30 OGOS 2016.